ni de ckit komen psl apa itu cinta dr blogger2....jom kita terjah..
http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/06/apa-itu-cinta-sebenarnya.html...(sy dh follow dh)
Cinta itu adalah amanah dan tanggungjawab! Apabila disebutkan sebagai tanggungjawab, ia bermakna kita perlu memberi, namun tidak semestinya menerima. Lindungi mereka, sayangi mereka, kasihi dan berikan yang terbaik kepada mereka, sentiasa hadir ketika mereka memerlukan tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan redha dari pemberi amanah (Allah) semata-mata.
Cinta itu adalah amanah. Selain dari amanah untuk menyayangi, merindui dan mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk kita sentiasa meredhai apa yang ditentukan oleh Allah yang esa! Tidak kira samada baik ataupun buruk. Tidak kira samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh Allah semata-mata. Samada orang yang kita cintai itu menerimanya atau tidak itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata.
Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan CINTA.
Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta
mereka.
*byk lagi pengertian cinta yg kita leh lihat...tetapi bg minah...cinta ibarat lukisan..kalu lukisan perlu warna utk pelbagaikan corak begitu juga lah cinta...cinta perlukan kegembiraan kesedihan..kemarahan kemuraman...kebahagiaan..kejujuran kesetiaan..tnpa itu sume cinta xkn bermakna...
tetapi sekuat mana pn cinta kita pd mnusia....kuat lg cinta kita pd kekasih yg satu..ALLAH...
renung2kn...
#cinta xkejam tetapi manusia yg jadikannya kejam
dtg sini ntk support blog member . heheh :) *u noe me :)
ReplyDeletehuhu kenal ke???
ReplyDelete