Tuesday, October 16, 2012

Nak Kurus??

holla ..bertemu kembali..dah berhabuk blog ni...almaklumlah dah lama aku menyepikan diri...ok2 xmau ngarut lagi jom kita kembali pada topik asal.Topik ni paling digemari oleh semua wanita di luar sana...yela sebut pasal KURUS ...semua orang teruja dengan perkataan tu..ayat paling popular " ala..semua orang nak kurus kot..xde orang yang xnak kurus" ...ayat cliche..hehe jangan marah...tak dinafikan lah rata-rata orang lebih gemar kuruskan badan mereka...tapi ingat kurus bukan dalam erti kata sampai cengkung mengkung..sampai tinggal tulang..kurus yang ala-ala sederhana ..aku pun teringin nak kurus..huhu sejak keluar dari hospital ..berat badan aku naik mendadak...orang -orang kata ..naik sebab kesan daripada masuk air ..aku memang "down" seketika bila menyedari badan aku makin menaik..yela sebelum ini ..berat badan aku xpernah keluar dalam lingkungan "50 "...sekarang ni..jangan cakaplah aku rase makin naik..aku pun dah xnak timbang berat badan aku..takut kot..orang-orang sekeliling pun dah start tegur..aku pon pe lagi try la mcm2 cara ..(tolak makan ubt kurus) ..senaman jangan cakap lah ..sit up lah , poco-poco lah ,aerobik lah joging ..eh macam-macam lah..kalau tak larat aku cuma skipping ikut jam..kalau malas lagi..aku paksa adik ke jiran2 aku main badminton ..haha...best pe..leh kuar peluh...

Kawan-kawan  ,keluarga plus sedara mara aku bila dah tahu aku dah bambam (nama manja kepada gemuk) mula lah cadangkan aku makan ngan minum produk-produk kesihatan. Antara produk kesihatan yang dicadangkan kepada aku ialah ALPHA LIPID  SD2 ,HERBA LIFE dan ARCA BERRY (maaf kalau ejaan salah) .Banyak kan?? Ade gak yang cadangkan aku pakai korset dari Premium Beautiful. ..huhu semua produk ini bukannya murah..lebih 100 hengget kot..huhu tu yang terbantut niat aku nak cuba...elaun praktikal aku je cukup-cukup makan..tolak duit wifi lagi belanja lagi...nak simpan untuk duit konvo...huhu memang haru lah..aku memang terdesak nak kurus tapi mak aku suh aku senaman ngan had kan pemakanan aku ..mak aku takut kalau aku makan atau minum produk-produk tu ada kesan sampingan ..contohnya macam berat badan lagi naik mendadak selepas berhenti dari meggunakannya tak pun kesan dari segi kesihatan ..dulu along aku pernah masuk wad selepas makan produk Sendayu Tinggi ..akak sepupu aku plak berat badan lagi naik mendadak lepas berhenti makan produk kesihatannya..huhu rekod yang tak baik tulah yang membuatkan mak aku memang tak beri aku nak cuba produk-produk kesihatan ni..(hehe mak sayang aku ..) tapi kan ada banyak cara lagi nak kurus tanpa guna produk-produk ni..kita leh ikut tips dari Kevin Zahri iaitu pakar dari bidang kesihatan dan pemakanan ..Kevin banyak menyarankan kepada orang-orang ramai makan  makanan ikut pola pemakanan yang betul serta memperbanyakkan senaman ...

huhu sebenarnya nak kurus bukan datang dari bantuan siapa-siapa...diri kita sendiri yang akan bantu..kalau kita "set" kan diri kita awal-awal yang kita akan kawal pemakanan kita dan amalkan amalan hidup sihat ..insyaallah kita pun akan hidup sihat ..ok la cukup sampai sini sahaja..huhu cik cinta kene buat kerja la plak..hehe jumpa lagi...:)


No comments:

Post a Comment