Friday, October 26, 2012

salam aidiladha

Entry kali ini bertemakan pasal aidiladha...hari ini semua umat islam di Malaysia sedang menyambut HARI RAYA AIDILADHA ..atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Korban..sebab apa??sebab pada hari ini lah binatang seperti lembu ,kambing dan unta akan dikorbankan.Biasanya negeri-negeri di pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu memang sambut secara besar-besaran perayaan ini..kalu kat tempat aku...kami sambut secara bersederhana sahaja ..memadai dengan solat sunat dan melakukan aktivit korban..Ok cerita pasal korban ni..aku nak cerita ckit satu kisah mengenai "antara kesian dan daging"..


kalau de aktiviti korban ni..aku memang teruja sangat..aku mesti menghadirkan diri ..lagi best kalau tengok depan mata..dalam teruja tu..ada satu tahun tu ..tak ingat tahun pe..aku de tengok aktiviti korban ni..masa tu lembu yang nak dikorbankan tu mak dan anak..masa mak si lembu nak dikorbankan...aku nampak ada titisan air mata kat mata si mak lembu tu..aku pandang muka lembu tu..serius memang sedih ..anak si lembu tu plak ..siap meronta-ronta lagi..yela mungkin rasa sedih tak mahu berpisah dengan mak dia ..masa tula aku rasa simpati mencurah-curah dalam diriku..rasa kesian ade..rasa bersalah pun ada sebab terasa mcm kami yang pisahkan mereka ..aku faham perbuataan ini tak salah..perbuatan ini dituntut olehNya ..tapi ntah kenapa aku rasa kesian sangat..sejak itu aku tak sampai hati nak makan daging lembu..sebabnya setiap kali aku pandang daging lembu ..aku terbayangkan si lembu2 tadi..masih segar lagi di ingatanku..air mata yang meleleh..agak lama jugak aku tak sentuh daging..sampai arini aku masih lagi bertahan..

pernah jugak aku tanya pada yang pakar..kata mereka..kalau de perasaan kasihan ..kita tak digalakkan makan..sebab itu lah aku takut nak makan..pernah gak kwn-kwn aku kata aku ni cerewet lah emo sgt ..jahil lah pape lah..tapi kalau korang berada di tempat aku..korang akan faham kenapa aku jadi begini..bukan senang nak buang ia dari memori..amik masa ..tapi aku tak nafikan ..aku berazam nak makan daging suatu hari nanti..doakan aku ye..

ok lah ,sempena dengan hari yang mulia ini aku harapkan semoga umat islam dapat menghayati setiap pengorbanan yang dibuat kerana kemenangan sebuah perjuangan bergantung kepada sebesar mana pengorbanan yang mampu dan sudi kita lakukan.. akhir kata ..salam aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia ..semoga kita berjumpa lagi di aidiladha yang akan datang...insyaallah...jumpa lagi..assalamualaikum








No comments:

Post a Comment